Steve McClaren sedang mengintai kelab baharu untuk melabur dalam bola sepak England.

ENGLAND – Steve McLaren sedang mencari peluang membeli sebuah kelab bola sepak bagi mengembangkan kariernya.

Bekas Jurulatih bola sepak England itu kini sedang membentuk pasukan pelabur terkemuka yang memerlukan sebuah kelab bola sepak untuk pelaburan sukan.

McClaren, 56, telah diberi arahan untuk mengenalpasti kelab bola sepak yang sesuai dan sudah mensasarkan beberapa pasukan sejak meninggalkan kelab Maccabi Tel Aviv.

McClaren menimba pengalaman dengan bekerja bersama beberapa kelab popular termasuk Manchester United sebelum melangkah ke Middlesbrough.

Bagaimanapaun, McClaren sudah ada rancangan masa depan dan mahu mempertingkatkan posisinya dalam karier bola sepak.

Bagi tujuan itu, beliau sedang berusaha mengumpul pelabur yang boleh menyediakan bantuan kewangan untuk membeli kelab bola sepak.

McClaren sebelum ini dilihat di Leeds United tetapi pemilik kelab itu tidak bersedia untuka menjual kelab itu walaupun beberapa kelab lain di Championship boleh dibeli beliau.

Sumber terdekat McClaren berkata, pihak berkepentingan yang sedia bekerjasama dengan beliau berdesia dengan dana besar walaupun identiti pelabur dan penyedia kewangan itu masih belum didedahkan umum.- MalaysiaGazette