Home Dunia Helikopter pelancong terhempas di Grand Canyon

Helikopter pelancong terhempas di Grand Canyon

Grand Canyon yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat. foto Agensi

ARIZONA – Sebuah helikopter pelancong terhempas di barat Grand Canyon di Amerika Syarikat, mengorbankan tiga orang dan mencederakan empat yang lain.

Helikopter yang sedang membuat pusingan ke arah lurah yang menjadi destinasi pelancongan Amerika Syarikat, menurut Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Hualapai.

Beliau berkata, kecederaan yang dialami oleh empat lagi mangsa  masih belum diketahui.

Helikopter Airbus, Eurocopter EC130 itu terhempas dalam keadaan tidak diketahui di Grand Canyon dan mengalami kerosakan yang besar, kata Allen Kenitzer, jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menerusi emel.

“Cuma pihak berkuasa tempatan mengatakan sekurang-kurangnya tujuh orang berada di dalam helikopter,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast