Home Politik Tak mahu dengar fitnah, penduduk halau Kit Siang, pemimpin PH

Tak mahu dengar fitnah, penduduk halau Kit Siang, pemimpin PH

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Hasrat pembangkang untuk mengadakan ceramah dengan menabur fitnah kepada kerajaan terhalang apabila sekumpulan penduduk kampung berang dan menghalang Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain di Johor Bahru semalam.

Dalam insiden tersebut, kira-kira 50 penduduk Kampung Bakar Batu di Johor Bahru bertindak menghalang dan menghentikan program yang sepatutnya bermula jam 9 malam.

Program tersebut menampilkan Kit Siang dan Setiausaha PH dan PPBM Johor, Osman Sapian.

Dalam satu klip video berdurasi dalam YouTube, para penduduk meminta Kit Siang supaya tidak meneruskan program tersebut dan kedengaran beberapa individu menjerit tidak berpuas hati kepada kedua-dua mereka.

Kekecohan tercetus semasa penduduk berkenaan menghalang pemimpin pembangkang tersebut daripada berucap.

Kit Siang dan dua lagi pemimpin PH itu kemudian beredar dan mengadakan sidang media di tepi tapak ceramah tersebut.

Tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk tersebut, seperti biasa Kit Siang menunding jari kepada UMNO dan meminta Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad menjelaskan  insiden tersebut. – MalaysiaGazette