Home Dunia Pengimbas kelajuan beku punca nahas pesawat

Pengimbas kelajuan beku punca nahas pesawat

Antara serpihan pesawat AN-148 yang ditemui di lokasi nahas. foto Agensi

MOSCOW – Pengimbas kelajuan yang membeku dipercayai punca pesawat komersial milik Rusia terhempas.

Nahas itu telah mengorbankan 71 orang penumpang dan anak kapal.

Gangguan pada instrumen itu dipercayai telah memberi maklumat kelajuan yang salah kepada juruterbang.

Pesawat Saratov Airlines terhempas selepas empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo pada Ahad lalu.

Setakat ini lebih daripada 1,400 serpihan badan pesawat telah ditemui di lokasi nahas.

Analisis awal daripada perakam pesawat menunjukkan ia mengalami masalah selepas dua setengah minit berlepas ketika berada pada ketinggian 1,300 meter.

Instrumen itu mula memaparkan bacaan kelajuan yang berbeza, mungkin kerana sensor kelajuan mikro ketika sistem pemanasan dimatikan, kata jawatankuasa tersebut.

Apabila anak kapal mengesan masalah itu, mereka mematikan autopilot pesawat itu.

Akhirnya pesawat itu terhempas pada 30 hingga 35 darjah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast