Home Nasional Reman dua beradik dera pembantu rumah dilanjut 7 hari

Reman dua beradik dera pembantu rumah dilanjut 7 hari

BUKIT MERTAJAM – Mahkamah melanjutkan tempoh reman dua beradik yang dipercayai mendera pembantu rumah Indonesia selama tujuh hari lagi bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.

Kedua-dua beradik, masing-masing berusia 36 dan 39 tahun telah direman empat hari sejak Ahad lalu bagi membantu siasatan kematian Adelina Lisao yang diselamatkan selepas didakwa didera oleh majikan mereka semasa bekerja dengan sebuah keluarga di Taman Kota Permai.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, tangan dan kaki dipercayai didera telah diselamatkan oleh polis hasil maklumat jiran.

Adelina didakwa tidur di luar rumah dengan dua ekor anjing selama dua bulan.

Mangsa yang diselamatkan bagaimanapun meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

Selain dua beradik itu, ibu mereka yang berusia 60 tahun turut ditahan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette