Home Utama Tidak wajar tentang undang-undang berita palsu

Tidak wajar tentang undang-undang berita palsu

Dr Salawati Mat Basir

KUALA LUMPUR – Mangsa penyebaran berita-berita palsu bukan hanya di kalangan ahli politik, bahkan orang awam juga tidak terlepas, kata Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir.

Justeru, tidak wajar sesetengah pihak termasuk parti pembangkang menentang pelaksanaan undang-undang untuk mengekang berita palsu yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan.

“Tapi sekarang terlalu banyak sangat benda-benda yang tidak betul bukannya kerajaan buat sebab diri mereka.

“Sebab kadang-kadang saya tengok ada berita yang terlalu diputarbelitkan sampai tidak nampak betulnya sesuatu perkara itu, pada saya tidak boleh macam tu.

“Tidak adalah (lindungi ahli politik) sebab bukan untuk ahli politik semata-mata tetapi juga untuk masyarakat umum banyak mudarat benda betul boleh jadi salah dan sebaliknya,” katanya kepada MalaysiGazette.

Malah, katanya, sesiapapun tidak sepatutnya gerun dengan undang-undang itu jika tidak terlibat dalam penularan berita palsu.

“Kalau kerajaan cuba nak menghalang benda-benda fitnah ini orang yang selalu buat akan marahlah jadi kalau orang yang tidak biasa buat tu tidak rasa kesan,” tambah Salawati.

Beliau terdahulu diminta mengulas persepsi negatif terhadap undang-undang ini yang didakwa bertujuan untuk melindungi ahli politik.

Perkembangan terkini menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, draf undang-undang untuk mengekang berita palsu di laman Internet akan dibentang ke Kabinet selepas Tahun Baru Cina.

Ianya juga akan dimasukkan pada sidang Parlimen Mac ini untuk digubal dan dibahaskan.-MalaysiaGazette