Home Utama Richard Lau dibebaskan tanpa pertuduhan

Richard Lau dibebaskan tanpa pertuduhan

Anifah Aman ketika mengadakan pertemuan dengan Richard Lau di UAE semalam.

KUALA LUMPUR – Jurutera Malaysia yang ditahan tanpa didakwa di penjara Dubai hampir setahun lalu telah dibebaskan.

Pembebasan itu dimaklumkan oleh badan pertubuhan kerajaan (NGO) Detained.

Richard dibebaskan selepas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman mengadakan pertemuan dengan Emir Ras Al Khaimah, Saud Saqr al Qasimi semasa melawat Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Anifah telah memohon pertimbangan pihak berkuasa Ras Al Khaimah untuk membebaskan Richard dengan jaminan sementara menunggu kes itu dibawa ke mahkamah.

Pertimbangan yang dibuat tertakluk kepada peruntukan undang-undang tempatan sementara menunggu kes beliau disebut di mahkamah.

Anifah turut melawat Richard di penjara.

Richard telah ditempatkan Ras Al Khaimah, wilayah paling utara di Emiriah Arab Bersatu oleh syarikat pengangkutan laut Malaysia yang berpangkalan di Miri sebagai penyelaras projek anak syarikat di sana lima tahun yang lalu.

Dia ditangkap pada April tahun lalu berikutan aduan yang dibuat oleh rakan kongsi anak syarikat itu yang mendakwa Richard mencuri upah dan komisyen. – MalaysiaGazette