Home Dunia Suspek serangan sekolah mahu jadi penembak profesional

Suspek serangan sekolah mahu jadi penembak profesional

Nikolas Cruz

FLORIDA – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pernah memberi amaran terhadap remaja yang melepaskan tembakan di sebuah sekolah tinggi yang mengorbankan 17 orang mangsa.

Nikolas Cruz, 19, dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan melakukan pembunuhan yang dirancang.

Kejadian tembakan semalam merupakan tragedi paling buruk dalam insiden tembakan di sekolah sejak tahun 2012.

Cruz didakwa melalui YouTube pernah membuat kenyataan mahu menjadi ‘penembak profesional sekolah’ dan FBI telah memberi amaran kepada pihak berkuasa berhubung posting tersebut.

Seorang awam, Ben Bennight yang terbaca komen Cruz di YouTube telah menghubungi FBI dan biro tersebut turut memaklumkan menyedari tentang perkara itu cuma individu berkenaan tidak dikenal pasti.

Bennight kemudian menghubungi FBI selepas kejadian tembakan di sekolah berkenaan.

Guru-guru juga telah diberi amaran supaya tidak membenarkan Cruz ke kampus dengan menggunakan beg sandang belakang.

FBI mengatakan pihaknya telah menyiasat ulasan Cruz di YouTube tetapi tidak dapat mengenal pasti sepenuhnya identiti individu tersebut.

Cruz yang dibuang sekolah telah mengaku kepada penyiasat bahawa dia melakukan tembakan itu, sambil menambah begnya dipenuhi dengan peluru.

Tidak dapat dipastikan mengapa suspek dibuang sekolah tetapi rakannya memaklumkan sekolah telah menemui peluru dalam beg sandang Cruz. – MalaysiaGazette