Home Sukan Demi Barcelona, Philippe Coutinho mahu tukar kerakyatan

Demi Barcelona, Philippe Coutinho mahu tukar kerakyatan

Philippe Coutinho

SEPANYOL – Bintang Barcelona dikhabarkan sedang merancang untuk menukar kewarganegaraannya.

Pemain antarabangsa Brazil itu merancang untuk memohon kerakyatan Portugal untuk membantu Barcelona mendapatkan pemain sasaran.

Barcelona sedang memburu khidmat pemain Arthur yang sedang diintai oleh kelab elit Eropah Manchester United dan Chelsea.

Coutinho, 25, merupakan salah satu daripada tiga pemain bukan Kesatuan Eropah (EU) dalam kelab Catalan.

Ini bermakna tidak ada ruang tetap untuk rakan senegaranya dalam pasukan gergasi La Liga itu.

Namun, Coutinho sendiri telah mengesahkan dia sedia menjadi warga negara Portugal yang merupakan negara asal isterinya, Aine.

Coutinho masih boleh beraksi dengan pasukan kebangsaan Brazil dalam Kejohanan Piala Dunia Rusia 2018 pada 16 Jun ini.

Barcelona juga mempunyai Paulinho dan Yerry Mina yang dalam radar untuk memuktamadkan pembelian.

Bracelona juga dikatakan semakin hampir untuk mengikat terma kontrak bersama bintang Gremio Arthur,21.

Coutinho juga dikatakan bakal kembali ke Liverpool bersama kesemua bintang Samba sebelum akhir musim ini.

Brazil bakal mengharungi perlawanan memanaskan badan menjelang Piala Dunia Russia 2018 menentang Crotia dan Anfield sedang berusaha mendapatkan hak itu.

Liverpool dikatakan dalam perbincangan positif bersama kedua-dua persatuan bola sepak itu mengenai penganjuran aksi memanaskan badan menjelang temasya empat tahun sekali itu.- MalauysiaGazette