KUALA LUMPUR – Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menyokong langkah Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan penyenggaraan jalan raya persekutuan melalui konsep penswastaan.

Presidennya, Datuk Mokhtar Samad berkata, langkah tersebut terbukti telah berjaya memberikan peluang kepada kontraktor-kontraktor kecil terutamanya Kelas G1 untuk melakukan kerja-kerja penyenggaraan itu.

“Syarikat konsesi yang telah dilantik oleh kerajaan seperti Selia Senggara, Belati Wangsa, Roadcare, Amona Infracare, Empayar Indera dan Muhibbah Bina Sdn Bhd telah memberikan kerja-kerja penyenggaraan kepada kontraktor-kontraktor kecil yang layak sama ada secara undian atau sebut harga.

“Kontraktor kelas F G1 yang berjumlah hampir 25,000 di seluruh negara seharusnya dapat mengambil peluang ini.

“Walaubagaimanapun, kaedah ini tidak adapat memenuhi semua kehendak kontarktor kelas G1 yang hanya dipilih melalui undian atau sebut harga,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mokhtar, sehingga hari ini, PKMM tiada mempunyai sebarang masalah dengan syarikat konsesi berkenaan yang sentiasa membantu ahli-ahli PKMM dalam melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan itu.

Katanya, peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan yang besar untuk kontraktor-kontraktor kecil akan dapat merangsang keadaan ekonomi yang malap di samping dapat membantu kontraktor-kontraktor kecil bumiputera di seluruh negara. – MalaysiaGazette