Home Politik Najib suruh kerja keras – Hamzah

Najib suruh kerja keras – Hamzah

Hamzah Zainudin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) bekerja keras bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perdana menteri membuat pesanan itu secara terang-terangan semasa mempengerusikan Kabinet semalam.

Malah, Najib mahu BN terus menjadi juara dimata rakyat dan menolak Pakatan Harapan (PH).

“Perdana Menteri sudah beri petunjuk semalam agar kita kerja kuat bagi memastikan kemenangan BN supaya visi untuk membangunkan negara dapat diteruskan,” katanya  selepas  menyaksikan pertukaran memorandum antara Myangkasa Holdings Sdn. Bhd, ASN Mobile Sdn Bhd, dan ASN Network Corporation Sdn Bhd dengan Universal Private Limited di Wisma Ungku A. Aziz hari ini.

Tarikh pilihan raya masih berteka-teki meskipun penggal pemerintahan kerajaan semakin hampir. – MalaysiaGazette