Home Seni Hidup Nora Danish selamat lahirkan bayi lelaki

Nora Danish selamat lahirkan bayi lelaki

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, awal pagi ini.
dikongsi rakan baik Nora, Betty Rahmad menerusi Instagram miliknya.

Menerusi aplikasi Story di laman sosial itu, Betty memuat naik video aktres itu dan suami, Nedim Nazri yang kelihatan sedang mengendong bayi mereka.

Video itu dikongsi kira-kira sejam yang lalu.

Betty turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu sambil menyatakan bayi dilahirkan adalah lelaki.

Namun dia memadam video tersebut selepas itu.

Difahamkan, Nora melahirkan anak kedua dan pertama bersama Nedim secara pembedahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast