Naazron Abdul Yusof.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan berusia 54 tahun menjadi mangsa ragut ketika membeli buah di hadapan Pasar Pagi Kampung Baru Semenyih, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal sebelum suspek meragut beg tangannya yang mengandungi wang tunai, telefon bimbit serta dokumen peribadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 24 September 2026, jam 1.28 tengah hari.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

“Polis sedang menjalankan usaha untuk mengenal pasti dan mengesan suspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim di talian 017-8881475 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu siasatan dan mengenal pasti suspek yang terlibat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here