BINTULU – Dua ratus pekerja sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju di sini hilang tempat tinggal setelah kuarters yang dihuni mereka terbakar dalam kejadian lewat petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohd Meramit berkata, kebakaran kira-kira pukul 6 petang itu dipercayai bermula dari blok kedua kuarters berkenaan sehingga memusnahkan 30 bilik kuarters tersebut.

“Secara keseluruhan kuarters tersebut mempunyai 50 bilik menempatkan 300 pekerja kilang dengan 30 bilik terjejas akibat kebakaran manakala 20 bilik dapat diselamatkan,” katanya hari ini.

Mohd berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku kerana mereka sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast