Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Najib menulis: “Tun Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar kerana umum mengerti Tun menganggap semua pemimpin lain tak betul,”.

Mahathir dicalonkan PH sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

Perkara itu dipersetujui oleh kesemua Majlis Presiden PH antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, veteran DAP, Lim Guan Eng, dan juga Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri pula akan disandang oleh Wan Azizah. -MalaysiaGazette.