Home Utama BR1M bukan beli undi, Bank Negara yang cadangkan – Najib

BR1M bukan beli undi, Bank Negara yang cadangkan – Najib

Datuk Seri Najib Razak

PEKAN – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan bukan untuk membeli undi, sebaliknya cdangan itu datang daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) yang kemudiaannya dilaksanakan oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, cadangan pemberian BR1M dibentang oleh BNM untuk menangani ketirisan subsidi dan langkah pemberian tunai itu mampu memastikan subsidi lebih tersasar kepada kumpulan sasaran.

“Idea hendak memberi BR1M bukan daripada saya atau mana-mana orang politik tetapi daripada BNM yang tiada dalam soal politik kepartian.

“Ini adalah perubahan dasar yang sampai masanya untuk kerajaan memberikan manfaat besar kepada rakyat, jadi kita buat BR1M,” katanya ketika berucap melancarkan BR1M 2018 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.

Dalam pada itu, Najib juga menafikan dakwaan mengatakan pemberian BR1M tersebut untuk membeli undi, memandangkan  penyokong pembangkang juga menerima bantuan tersebut tanpa ada unsur memilih bulu.

“Kalau orang kata BR1M nak beli undi itu tidak betul sebab Bank Negara yg cadangkan, kalau nak beli undi, kita beli kepada puak-puak kita sahaja. Walhal, penerima BR1M negeri pembangkang paling ramai, kita bukan pilih sahaja,” katanya lagi.

Seramai 2,000 individu yang layak menerima BR1M pada program hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, dari segi teori ekonomi pula, pemberian BR1M membantu merangsang ekonomi negara apabila wang itu digunakan penerima untuk berbelanja seperti membeli barang keperluan asas.

Keadaan itu, kata beliau, akan merangsangkan ekonomi domestik seterusnya berkembang kerana ada permintaan daripada pengguna.

“BR1M tidak salah dari segi teori ekonomi. Ia bukan bersifat populis tetapi asasnya untuk kembangkan ekonomi,” katanya. – MalaysiaGazette