Home Ekonomi China belanja AS$279b untuk R&D tahun lalu

China belanja AS$279b untuk R&D tahun lalu

China mengeluarkan kereta elektrik hasil R&D. foto Agensi

BEIJING – China membelanjakan 1.76 trilion yuan (AS$279 bilion) untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada tahun lalu.

Menteri Sains China berkata, jumlah itu menyaksikan peningkatan tahunan sebanyak 14 peratus.

“China perlu memasuki senarai negara-negara inovatif dan menjadi kuasa inovasi teknologi yang besar menjelang 2050. Lantaran itu penyelidikan asas dan penerokaan sempadan perlu dilakukan sekarang,” kata Wan Gang kepada taklimat media.

China telah cuba mengurangkan kebergantungannya terhadap industri berat rendah dan membangunkan dengan kaedah mengurangkan pencemaran untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan rantaian nilai global.

Perbelanjaan untuk R&D itu mewakili 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, berbanding Amerika Syarikat 2.8 peratus, Jerman 2.9 peratus dan 3.3 Jepun.

Wan menambah, perbelanjaan R&D untuk tahun lalu telah meningkat 70.9 peratus berbanding tahun 2012.

China telah menubuhkan berpuluh-puluh taman perindustrian berteknologi tinggi baru dan inkubator untuk mempromosikan teknologi seperti kecerdasan buatan, robotik dan data besar.

Negara itu juga membuat pelaburan tinggi dalam menguasai industri seperti tenaga nuklear boleh diperbaharui, kereta api berkelajuan tinggi dan kenderaan elektrik.

Wan memberitahu, China berhasrat mengeluarkan kenderaan elektrik sehingga 2 juta unit menjelang 2020, dua kali ganda jumlah anggaran tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast