Home Ekonomi Hotel Park Hyat di PNB 118

Hotel Park Hyat di PNB 118

Lakaran artis bangunan Menara PNB 118

KUALA LUMPUR – Hotel Park Hyatt akan menjadi sebahagian daripada komponen projek pembangunan ikonik PNB 118.

Dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021, hotel mewah ini akan berada di 17 tingkat teratas di menara ikonik PNB 118 yang sedang dibangunkan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd, milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, Park Hyatt merupakan jenama antarabangsa terkenal yang sinonim dengan kemewahan dan menawarkan program-program seni, makanan dan minuman yang unggul.

Jenama ini terdapat di bandar-bandar terkemuka di serata dunia termasuklah New York,  Paris, Dubai, Sydney, Buenos Aries, Tokyo, Seoul dan bakal berada di Kuala Lumpur.

Sementara itu Pengerusi Kumpulan Hyatt Hotels Corporation Asia Pasifik, David Udell teruja dengan kolaborasi bersama PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd untuk meletakkan Kuala Lumpur sebagai satu destinasi bersejarah dan inovatif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast