Datuk Seri Hamzah Zainuddin

PUTRAJAYA – Masyarakat memberi respons positif terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 kerana melihatnya sebagai inisiatif yang dapat membantu rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata inisiatif KR1M 2.0 juga membantu memberikan persepsi yang baik terhadap peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam membantu rakyat.

“Hari ini bila orang jumpa saya mereka memuji KR1M 2.0 sebagai inisiatif yang bijak dan saya bangga usaha ini dijalankan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 KPDNKK di sini, hari ini.

KR1M 2.0, yang dilancarkan awal bulan ini, ialah penjenamaan semula daripada program KR1M yang diperkenalkan melalui inisiatif pihak swasta yang dibantu kerajaan sejak tahun 2011.

KR1M 2.0 memperkenalkan model baharu yang lebih terbuka, berdaya saing dan memberi peluang lebih ramai peniaga runcit menyertainya. Terdapat kira-kira 50 KR1M 2.0 kini beroperasi di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Hamzah berkata dengan pencapaian ekonomi negara yang sangat memberangsangkan serta pelbagai insentif disediakan kerajaan membuktikan kerajaan sedia ada mampu mengurus dan mentadbir negara dengan sangat baik.

“Justeru, segala tohmahan yang kononnya Malaysia akan bankrap adalah tidak benar sama sekali,” katanya.- BERNAMA

KR1M 2.0 dapat sambutan pengusaha kedai runcit, akan diperluas – Hamzah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast