KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon, Izreen Aminda, Ude Wahid dilaporkan menceraikan isteri pertamanya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur sebentar tadi.

Ini menjadikan statuz Izreen bukan lagi isteri kedua.

Terdahulu, Intan Liana mendirikan rumahtangga dengan Ude, 29, pada tahun 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak berumur tiga dan setahun.

Izreen dan Ude bernikah pada 8 Ogos 2017 di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

Izreen Azminda kini bukan lagi isteri kedua.

Pelakon telefilem Terpaksa Aku Relakan dalam pada itu enggan mengulas lanjut tentang penceraian suaminya kerana tidak mahu kenyataannya diputar belit dan akhirnya memburukkan situasi.

“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan.

“Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik.

“Jadi, apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya dipetik sebagai berkata.- MalaysiaGazette