Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Persekitaran ekonomi Malaysia dan sentimen pasaran masih kekal positif menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata ekonomi mencatatkan prestasi baik pada 2017, merekodkan pertumbuhan 5.9 peratus dalam keluaran dalam negara kasar, yang kedua terbaik di ASEAN selepas Filipina, yang mencatatkan 6.7 peratus.

“Pengukuhan ringgit, pertumbuhan dua digit eksport dan peningkatan harga minyak mentah membawakan hasil yang lebih baik bagi kerajaan. ”

“Justeru, dari segi persekitaran ekonomi, negara berada dalam keadaan yang baik,” katanya pada majlis pelancaran Strategi Digital Takaful Malaysia, di sini, hari ini.

Mengenai prestasi ringgit yang lebih kukuh, beliau berkata, turun naik mata wang tempatan itu mencerminkan asas-asas ekonomi.

Beliau berkata walaupun ia juga bertindak balas kepada beberapa faktor luaran dan dalaman, dalam tempoh jangka panjang nilai akan ditentukan oleh asas-asas.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast