Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad hadir pada Majlis Pelancaran Street Warriors Against Corruption (SWAC) anjuran SPRM bersama Bikers Himpunan Dua Roda Gerah (H2R), Bikers Tolak Korupsi di MAEPS Serdanag, Selangor. foto IQBAL BASRI, 03 MAC 2018.

SERDANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendekati peminat motosikal dalam inisiatif menyebarkan kesedaran berkenaan dengan dengan gejalah rasuah dan salah guna kuasa.

Ia dilakukan menerusi anjuran program Himpunan Dua Roda (H2R): Bikers Tolak Korupsi 1.0 yang dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Ketika menyampaikan ucapan beliau berkata, penunggang motosikal merupakan wira-wira jalanan yang berpotensi untuk membantu agensi itu memerangi rasuah.

“Saya mahu setiap seorang yang hadir di sini termasuk anak-anak muda dan golongan wanita bangkit mengatakan tidak kepada jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Bagi kami SPRM, anda merupakan wira-wira jalanan yang mampu membantu SPRM dalam usaha kami membanteras jenayah rasuah dan salah guna kuasa dengan menjadi mata dan telinga kami,” katanya di hadapan hampir 10,000 penunggang daripada kelab motosikal di seluruh negara di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Dalam masa yang sama SPRM menerusi program ini turun mengambil peluang melancarkan Kempen Revoulusi 3J dan Kempen Street Warriors Against Corruption (SWAG) yang membolehkan penunggang motosikal yang menjadi ahli dalam mana-mana kelab untuk melaporkan aktiviti jenayah rasuah kepada agensi itu.

“Kempen Rovolusi 3J ini adalah khusus untuk golongan bermotosikal supaya anda semua akan berpegang kepada prinsip Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle (3J).

SWAG pula adalah kempen yang mana ahli kelab motor akan dilantik dan diiktiraf menjadi mata dan telinga bagi suruhanjaya itu dalam melaporkan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di jalanan kepada SPRM dengan kadar segera ataupun ‘real-time’, menurutnya.

Jelasnya, perkara ini sekali gus dapat menepis persepsi negatif masyarakat terhadap peminat motosikal pelbagai jenis dan penunggangnya. -MalaysiaGazette