Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tiba pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-69 MCA di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2018.

KUALA LUMPUR – Presiden MCA hari ini memberi amaran kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menjaga pertuturannya.

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Nazri tidak sepatutnya menyerang MCA selepas menggelar jutawan Robert Kuok ‘pondan’ kerana didakwa menaja parti DAP.

“Sebab itu saya cakap Nazri perlu jaga mulut. Saya rasa tidak sepatutnya Nazri mengalihkan isu pula. Apa salahnya MCA mewakili kaum Cina memaklumkan perasaan terhadap apa yang dikatakannya? Apa salahnya?,” katanya kepada pemberita pada sidang media.

Terdahulu Liow memberi amaran itu semasa berucap di majlis sambutan Ulang Tahun MCA ke-69 di wisma parti itu hari ini.

Tambah beliau, Nazri tidak perlu memanjangkan isu dengan mengatakan MCA bukan rakannya.

Jelasnya, MCA tahu tanggungjawab parti itu untuk bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang mewakili kaum Cina dalam negara.

“Kami menjalankan tanggungjawab kami untuk kominiti kami. Kami tahu tugas kami, kami akan pertahan BN untuk terus kuat, kami tidak perlu diajar, kami tahu tugas kami,” tambahnya.

Baru-baru isu Robert Kuok dikritik teruk sehinggakan mesyuarat mingguan jemaah menteri menjadi tegang apabila berlakunya pertikaman lidah di antara Nazri, MCA dan Parti Gerakan.

Terbaru Nazri pula mendakwa diboikot oleh MCA Padang Rengas. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Jgn nak menipu mca gerakan dari dulu lagi kalau ada isu cina dap ucsp kata2 rasis hal kaum agama dan sbgnya Tidak akan ada Teguran langsung atau marah pd kenyataan cina dap tapi mereka mesti kutuk tegur kalau ada pemimpin melayu umno yg tegur.Contoh sepatutnya mereka marah tegur robert kouk yg kurang ajar bukannya tegur marah pd datuk Nazri.mereka mca tidak akan tegur bangsa mereka yg mulakan dulu biadap .Memang drp dulu lagi ;jgn tak perasan.mereka memang talam dua muka.

Comments are closed.