SEOUL – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini menjelang pertemuan OPEC dan firma syal Amerika Syarikat di Houston, meningkatkan jangkaan pengeluar-pengeluar minyak akan berbincang untuk menangani lebihan bekalan global.

Minyak Brent naik sebanyak AS$0.44 kepada AS$64.81 setong manakala West Texas Intermediate melonjak AS$0.41 kepada AS$61.66 setong.

“OPEC dan sekutu bukan OPEC kekal mematuhi perjanjian tetapi Rusia memberi tekanan untuk keluar daripada perjanjian.

“OPEC akan menawarkan perjanjian kepada peserta syal Amerika Syarikat,” Stephen Innes, Ketua Dagangan Broker Hadapan OANDA.

Menurutnya, sebarang perkembangan positif daripada mesyuarat tersebut merupakan sokongan bagi sentimen harga minyak.

Presiden OPEC, Suhail Mohamed Al Mazrouel berkata, kartel minyak tidak akan membincangkan mengenai pengurangan bekalan sehingga tahun depan.

Peningkatan pengeluaran minyak syal telah menjejaskan komitmen OPEC dalam menangani lebihan bekalan sehingga menjejaskan harga minyak.

Pengeluaran minyak Amerika Syarikat telah melepasi Arab Saudi kepada 10.28 juta tong sehari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast