Home Ekonomi Kos kiriman wang di Sabah 3% dua tahun lagi

Kos kiriman wang di Sabah 3% dua tahun lagi

BNM
Bangunan Bank Negara Malaysia

KOTA KINABALU – Bank Negara Malaysia (BNM) menyasar untuk menurunkan kos pengiriman wang di Sabah daripada purata 4.5 peratus ketika ini kepada 3.0 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengarah Jabatan Pengawalan Perniagaan Perkhidmatan Wang BNM, Nik Mohamed Din Nik Musa berkata, sasaran tersebut mampu dicapai menerusi projek Greenback 2.0 Kota Kinabalu, usaha kumpulan Bank Dunia dengan kerjasama BNM dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang bertujuan menarik lebih ramai pekerja asing di sini menggunakan platform pengiriman wang rasmi.

Beliau berkata, langkah itu sekali gus dapat meningkatkan kecekapan serta ketelusan dalam pasaran pengiriman wang.

“Kadar bayaran (kos) pengiriman wang bagi Kota Kinabalu adalah sedikit tinggi, yang antara lain disebabkan kos pengangkutan. Pada akhir 2017, kadar kos pengiriman wang di peringkat nasional adalah 3.1 peratus, dan di Kota Kinabalu pula secara puratanya adalah 4.5 peratus.

“Justeru itu, sasaran BNM adalah menurunkan kadar kos bayaran pengiriman wang di Kota Kinabalu pada tahap 3.0 peratus menjelang 2020, supaya kos pengiriman wang akan lebih murah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran projek dan aplikasi mudah alih Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast