Neelofa memohon agar netizen berhenti menyalahkan dan mengecam selebriti lain.
Neelofa

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesahkan selebriti popular, Neelofa kekal sebagai Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18).

KPWKM dalam satu kenyataan berkata, perbincangan antara pihak kementerian dan Neelofa telah dibuat sebelum pengacara dan pelakon itu diumumkan sebagai Ikon TMW18.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk memberikan yang terbaik kepada para wanita bagi memastikan setiap agenda dan program yang dirancang akan dapat dilaksanakan untuk terus memajukan wanita bersempena TMW18 ini.

“Kementerian telah melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih oleh Neelofa sebelum ini,” jelas kenyataan.

Pada 17 Januari lalu, selain Neelofa, dua lagi wanita telah diumumkan pengerak dan pemacu Ikon TMW18 berdasarkan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing.

Mereka adalah Datin Paduka Tengku Zatashah dan Datin Vivy Yusof.

Dalam pada itu, KPWKM turut menafikan terdapat Anugerah Ikon Wanita Negara seperti mana yang ditularkan melalui blog baru-baru ini.

Blog berkenaan mendakwa Neelofa telah digugurkan sebagai Ikon Wanita Negara.

KPWPM menegaskan, pihaknya percaya pengacara popular itu dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran RevolusiIndustri 4.0.

“Kementerian melihat daripada sudut yang positif apa yang akan disumbangkan oleh beliau untuk memperkasa wanita,” katanya.

Minggu lalu, Neelofa  berdepan kontroversi apabila majlis hari lahir dan pelancaran produk koleksi tudung terbaharunya dibuat di kelab malam.

Susulan itu, beliau kehilangan 100,000 pengikut di laman sosial Instagramnya.

Neelofa sebelum ini memiliki 5.5 juta pengikut menerima kecaman hebat daripada netizen yang mengkritik tindakannya sehingga ada yang mendakwa mahu memboikot artis itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast