Home Dunia Oscar tahun ini suarakan salah laku seks

Oscar tahun ini suarakan salah laku seks

LOS ANGELES – Pelawak, Jimmy Kimmel membuka tirai anugerah Oscar tahun ini dengan menimbulkan isu paling hangat membelenggu Hollywood, iaitu kempen salah laku seks dan ketidaksamarataan terhadap wanita.

Dalam monolog pembukaannya, Kimmel secara berseloroh merujuk kepada patung gergasi Oscar yang menghiasi pentas Anugerah Academy ke-90 berkata, lelaki di negara itu sepetutnya menghormati wanita.

“Oscar lelaki paling disayangi dan dihormati di Hollywood dan memang jelas sebabnya. Tengoklah, dia sentiasa memastikan anda nampak di mana dia meletakkan tangannya, tidak pernah bercakap kasar dan paling penting, kemaluannya tidak dilihat langsung.

“Inilah jenis lelaki yang sepatutnya lebih banyak wujud di bandar ini.”

Kenyataannya itu disambut riang hadirin di Teater Dolby seterusnya meredakan ketegangan susulan kemelut yang melanda industri hiburan sejak setahun lalu berhubung ketidaksamarataan terhadap wanita.

Kimmel juga secara terbuka menyelar Harvey Weinstein – antara nama terkemuka Hollywood yang disingkirkan daripada Akademi Seni dan Sains Perfileman selepas dituduh salah laku seks termasuk rogol oleh lebih 70 wanita.

Bagaimanapun Weinstein menafikan semua tuduhan terhadapnya.

“Dunia memandang kita. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast