KUALA LUMPUR: Seorang penunggang dan pembonceng motosikal cedera akibat dihempap pokok tumbang di simpang Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng pada waktu puncak pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenainya.

Selain bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi pada 7:50 pagi.

 

Kejadian itu disahkan Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) yang menerima laporan kejadian tersebut daripada akaun Twitter milik orang awam, KLCC Elevators.

“Makluman pokok tumbang di hadapan KLCC Jalan Ampang. Pokok tersebut telah menghempap orang awam. Polis Trafik dan Bomba di lokasi. Bantuan Unit Kecemasan DBKL menghala ke lokasi,” menurut ITISDBKL menerusi akaun Twitter.

 

Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri, salah seorang daripadanya dilaporkan cedera parah.

Ekoran insiden tersebut, trafik di Jalan Ampang dan Yap Kwan Seng dilaporkan mengalami kesesakan teruk. – MalaysiaGazette