Home Ekonomi Kamal terajui LPPSA

Kamal terajui LPPSA

KUALA LUMPUR – Datuk Kamal Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac 2018.

Beliau menggantikan Norsimah Ab Wahab yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 28 Februari lalu.

Kamal berpengalaman luas dalam bidang kewangan, perbankan dan ekonomi. Beliau menyertai Prokhas pada April 2008

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Kredit di Bank Bumiputra Malaysia Berhad dan selepas itu memegang pelbagai jawatan penting di bank dalam tempoh 22 tahun, termasuk sebagai Pengurus Besar untuk BBMB Singapura dan BCB Labuan Luar Pesisir .

Kamal juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Kumpulan bagi Korporat II, Bahagian Perbankan Korporat dan menguruskan portfolio melebihi AS$550 juta yang terdiri daripada syarikat awam yang tersenarai dan terlibat dalam aktiviti pembuatan, perkhidmatan, minyak dan gas, pembinaan, perladangan dan pembrokeran saham. – MalaysiaGazette