BEIJING – Aplikasi media sosial ‘WeChat’ kini digunakan melebihi satu bilion seluruh dunia ketika ini.

AFP melaporkan, WeChat merupakan aplikasi semua dalam satu yang merangkumi mesej, media sosial, pembayaran mudah alih, permainan, berita dan perkhidmatan lain, menjadi keperluan bagi kebanyakan penduduk China.

Menurut pengerusi gergasi komunikasi Telecent yang memiliki rangkaian sosial WeChat, Pony Ma, angka itu merangkumi jumlah pengguna aplikasi itu untuk setiap bulan.

“Pengguna aktif bulanan WeChat sahaja di seluruh dunia melebihi satu billion dan kami amat berbangga dengan angka ini.

“Pada masa akan datang, kami berharap untuk menggunakan inovasi teknologi dengan lebih dengan melakukan pembaruan,” kata Pony Ma semalam.

Populariti WeChat dan keuntungan dari permainan mudah alihnya telah meningkatkan pendapatan dan nilai saham Tencent.

Pada tahun lalu, syarikat itu mengatasi Facebook dalam nilai pasaran dan melonjak kedudukan Ma, 47, dalam senarai orang kaya di China.

WeChat dibandingkan dengan 2.1 bilion pengguna aktif bulanan Facebook dan 1.5 bilion pengguna aplikasi WhatsApp.

Menurut majalah Hurun Report, Ma merupakan perwakilan terkaya dalam parlimen dengan kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$47 bilion (RM183 bilion).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast