Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berhadapan beberapa lagi pertuduhan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berhadapan beberapa lagi pertuduhan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

PUTRAJAYA –  Tempoh perkhidmatan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dilanjutkan setahun lagi.

Beliau sepatutnya bersara wajib pada 17 Mac ini.

“Beliau akan disambung tempoh perkhidmatannya selama setahun lagi,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Deri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya sedang menunggu perkenan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V untuk diumumkan secara rasmi.

Beliay berkata demikian dalam sidang media Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 di sini.

Noor Rashid yang turut serta dalam sidang media itu sekadar  senyum tanpa enggan mengulas lanjut.

Noor Rashid telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis pada Disember 2014 menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Sebelum ini kira-kira lima calon dalam PDRM dikaitkan sebagai pengganti beliau.

Antara nama yang pernah dikaitkan untuk mengisi jawatan kedua tertinggi PDRM ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Komisioner Datuk Tajuddin Md Isa dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.- MalaysiaGazette