DHAKA – Seorang ahli kumpulan samseng terbunuh semasa pergaduhan yang membabitkan senjata api antara dua kumpulan etnik Rohingya tercetus di kem pelarian Noyapara di Teknaf.

Mangsa dikenali Hossain Ali alias Bailla berusia 32 tahun.

Menurut sumber polis, pergaduhan yang membabitkan senjata api berlaku apabila dua kumpulan etnik Rohinya cuba menguasai kem tersebut, lapor Dhaka Tribune.

Katanya, Hossain disyaki mempunyai hubungan dengan ketua kumpulan samseng Rohingya, Abdul Hakim.

Dua suspek ahli kumpulan samseng, Abdur Razzak, 26, dan Abdus Salam, 32, ditahan di kawasan bukit berhampiran kem tersebut berhubungan kejadian itu.

Pegawai bertugas di balai polis Teknaf, Ranjit Kumar Barua berkata: “Hossain Ali terbunuh semasa bergaduhan membabitkan senjata api berlaku antara kedua-dua kumpulan pencuri Rohingya apabila meraka cuba menguasai kem itu,” katanya.

Beliau menambah, sepasukan polis dikejarkan ke kawasan tersebut sebaik sahaja menerima maklumat mengenai insiden itu.

“Menyedari kehadiran kami, ahli kumpulan bernama Nurul Alam yang cedera semasa pergaduahan itu melarikan diri,” katanya.

Nurul Alam adalah salah seorang suspek utama kes rompakan bersenjata di kem Andar sebelum ini, tambah beliau.

Mayat Hossain dihantar ke Cox Bazar untuk bedah siasat.

“Kami akan terus melakukan pemburuan di kawasan bukit berhampiran kem itu untuk mencari suspek lain yag terlibat,” katanya. – Agensi