Pep Guardiola memasang impian untuk meneruskan kariernya bersama Man City selama 10 tahun lagi.The Sun

MANCHESTER – Pep Guardiola memberi bayangan kepada Manchester City bahawa beliau mahu kekal dengan kelab itu selama 10 tahun lagi.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu sedang dalam proses memperbaharui kontrak bersama the Citizens akhir musim ini.

Bekas jurulatih Bercelona dan Bayern Munich itu menyatakan hasrat bersedia bersama City selagi gembira dengan prestasi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan pengurusan untuk 10 tahun lagi di Etihad.

“Namun ia bergantung kepada mood dan suara hati saya,” katanya semalam.

Berita itu merupakan khabar gembira untuk lembaga pengurusan kelab tersebut yang kini sedang berunding untuk pembaharuan kontrak Guardiola yang masih berbaki setahun lagi.

Guardiola bakal ditawarkan terma kontrak baharu selepas menamatkan saingan liga.

Dalam pada itu City juga bersedia memberi suntikan kepada Guardiola apabila mahu mendapatkan bintang pertahanan Bayern Munich, Jerome Boateng akhir musim ini.

Pemain itu diletakkan klausa perpindahan berjumlah £50 juta (RM271 juta) oleh kelab Bundesliga itu.

City juga sedia mengecewakan pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang sedang memburu pemain itu.

Pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan City tujuh tahun lalu.- MalaysiaGazette

Namun prestasi memberangsangkan Boateng di Allianz Arena mencuri tumpuan kedua-dua kelab Inggeris itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast