PSG enggan menjamin masa depan Neymar di Perancis dan Real Madrid bersiap sedia mendapatkan pemain itu akhir musim ini.The Sun

PARIS – Pengarah Sukan Paris Saint Germain (PSG), Artero Henrique mengakui bahawa dia tidak boleh menjamin masa depan Neymar di kelab itu.

Laporan tersebut turut mendakwa Real Madrid sudah bersedia untuk membida bintang antarabangsa Brazil itu dengan rekod pembelian dunia sebanyak £355 juta (RM1.9 bilion).

PSG meletakkan penanda aras semasa membeli Neymar dengan harga £195 juta (RM1.05 bilion) dari Barcelona musim lalu.

Tetapi kali ini pemain itu dikaitkan dengan penghijrahan ke Real Madrid.

Beberapa sumber terdekat juga mendakwa Neymar hanya menyertai PSG disebabkan dia tidak boleh menyertai Los Blancos terus dari Barcelona.

Semalam, Zinedine Zidane berkata, pemain berusia 26 tahun itu berpeluang menyertai mana-mana kelab di dunia ini.

Pengerusi PSG setakat ini percaya Neymar tidak akan meninggalkan Parc des Princes selepas hanya semusim.

Namun Artero Henrique mengakui tiada apa apa yang tetap, sambil mendakwa: “Saya tidak boleh menjamin apa-apa setakat ini mengenai masa depan Naymar bersama PSG,”.

Laporan di Sepanyol turut mendakwa Real Madrid bersedia untuk menjual enam pemain bintang untuk mendapatkan dana bagi membiayai pembelian Neymar.

Karim Benzema, Gareth Basle, Isco, Keylor Navas, Marcos Llorente dan Dani Ceballos dikhabarkan akan disingkirkan dari Santiago Bernabeu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast