KUALA LUMPUR – Standard Chartered Malaysia memenangi dua anugerah dalam majlis Anugerah Trailblazer Ahli Perbankan Runcit Antarabangsa (RBI) Asia ke sembilan baru-baru ini.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, bank tersebut telah memenangi anugera Pelancaran Produk Perkhidmatan dan Inovasi Baharu untuk kempen Goncang dan Menangnya.

Ia juga menerima Anugerah Rekomendasi Tertinggi untuk Tawaran Pelan Simpanan Terbaik bank tersebut.

Kempen berkenaan memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi wang tunai sehingga RM99 setiap kali berbelanja sekurang-kurangnya RM100 dalam satu transaksi.

Ketua Negara bagi Perbankan Runcitnya, Aaron Loo berkata, bank berkenaan sentiasa mahu memenuhi permintaan pelanggan di dalam dunia digital yang semakin meluas ini.

“Standard Chartered Malaysia turut melancarkan alatan pengenalan diri digital menerusi cap jari,” katanya. – MalaysiaGazette