Home Dunia 49 terbunuh pesawat terhempas

49 terbunuh pesawat terhempas

Beginilah keadaan pesawat US-Bangla Airlines yang terhempas berhampiran lapangan terbang Kathmandu. foto Agensi

KATHMANDU – Pesawat US-Bangla Airlines yang membawa 71 orang penumpang terhempas di sebuah padang berhampiran dengan lapangan terbang Kathmandu.

Sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh dan 23 lagi cedera dalam pesawat dari Dhaka itu.
.
Para penyelamat terpaksa memecahkan badan pesawat itu bagi mengeluarkan para penumpang.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 33 warga Nepal, 32 Bangladesh dan masing-masing seorang dari China dan Maldives.

Punca kejadian masih disiasat tetapi pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan bahawa pesawat itu hilang kawalan.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif US-Bangla Airlines, Imran Asif menyalahkan kawalan trafik udara Kathmandu yang didakwa menyebabkan punca kemalangan.

Tetapi lapangan terbang pula mendakwa pesawat itu telah menggunakan arah yang salah dan melepasi landasan semasa mendarat.

“Pesawat itu dibenarkan mendarat dari bahagian selatan landasan terbang ke Koteshwor, tetapi ia mendarat dari bahagian utara.

“Kami belum pasti alasan di sebalik pendaratan yang luar biasa,” kata Sanjiv Gautam, Ketua Penerbangan Awam Nepal, yang dipetik oleh Post Kathmandu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast