Dalam kejadian 24 Januari lalu, Vasanthapiriya, dipercayai cuba membunuh diri dengan menggantung diri menggunakan kain sari di biliknya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit milik seorang guru sekolahnya.

PULAU PINANG – Inkues berhubung kematian pelajar M. Vasanthapiriya, 14, yang membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit milik gurunya akan diadakan pada 30 Mac ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, perkara itu ditetapkan Mahkamah Koroner pagi ini selepas Peguam Negara bersetuju dengan cadangan inkues tersebut.

“Kita baru saja dimaklumkan mengenai perkara ini pagi ini dan inkues ini akan melihat semua bukti serta keadaan sekitar kematian pelajar berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Thaiveegan menambah, seramai 30 saksi buat masa ini dijangka dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang inkues tersebut bersidan di Mahkamah Majistret Georgetown di sini.

Dalam kejadian 24 Januari lalu, Vasanthapiriya, dipercayai cuba membunuh diri dengan menggantung diri menggunakan kain sari di biliknya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit milik seorang guru sekolahnya.

Kejadian itu disedari bapanya yang membawa remaja terbabit ke hospital, tetapi mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada pukul 3.30 pagi kira-kira seminggu kemudiannya.

Kes itu mendapat perhatian masyarakat dengan pelbagai pihak tampil membuat kenyataan terbuka sehingga memaksa polis memohon mengadakan inkues bagi memastikan siasatan berjalan lancar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast