ohor telah dijadikan DAP sebagai barisan hadapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 sementara negeri itu merupakan kubu terakhir buat MCA yang perlu dipertahankan habis-habisan.

JOHOR BAHRU – Kempen pilihan raya seakan-akan sudah bermula di Johor apabila masing-masing MCA dan DAP akan mengadakan program besar-besaran di negeri itu pada Ahad ini.

Johor telah dijadikan DAP sebagai barisan hadapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 sementara negeri itu merupakan kubu terakhir buat MCA yang perlu dipertahankan habis-habisan.

DAP telah memindahkan program ulang tahun parti ke Ayer Hitam, Johor yang akan mengambil tempat pada pagi Ahad. DAP sebelum ini telah menyuarakan azam untuk menembusi benteng pertahanan MCA di Ayer Hitam.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan calon DAP di Ayer Hitam sempena dengan majlis itu.

DAP telah pun memberi amaran kepada penyandang kerusi Ayer Hitam iaitu Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong bahawa beliau akan menghadapi tentangan sengit.

Sementara itu, MCA juga mengadakan program besar-besaran di Johor Bahru pada petang Ahad.

Pemimpin MCA Pasir Gudang, Datuk Tan Cher Puk berkata kepada China Press, DAP kini beria-ia untuk menamatkan hayat MCA di Johor dan sengaja mahu mengadakan program di Johor pada tarikh sama dengan MCA.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan pemimpin DAP Johor yang melihat pertembungan tarikh di Johor sebagai satu kebetulan. – MalaysiaGazette