Fotografi bersama penyanyi, Elyana pada Program Jelajah Suria di Pusat Membeli Belah IOI , Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 MAC 2018.

PUTRAJAYA – Penyanyi Elyana terpaksa menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan, 10 hari lalu.

Elyana, 31, berkata keputusan yang amat sukar dalam hidupnya itu dibuat kerana dia menghidap kanser limfoma tahap empat.

Kata peserta Gegar Vaganza musim lalu, dia reda dengan ketentuan Ilahi walaupun sudah lama menginginkan cahaya mata.

“Atas nasihat doktor, kandungan saya tidak dapat diterus kerana kanser saya sudah berada pada tahap empat.

“Kalau kanser saya masih di tahap awal, mungkin kandungan masih kuat untuk hamil.

“Tambahan pula, saya perlu mengambil 25 pil ubat sekali makan dan perlu makan empat kali sehari.

“Pada masa sama, badan saya sentiasa lemah sejak kebelakangan apabila mula ada bintik di kepala, kaki kejang dan slip disc,” katanya ketika ditemui di Jelajah Suria FM di Putrajaya di sini hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu itu menambah, dia juga mendapat nasihat ustaz mengenai perkara itu sebelum menggugurkan kandungannya itu.

“Anak saya orang yang paling sedih kerana dia sudah lama mahukan adik. Malah, dia sudah pilih nama untuk kandungan,” katanya.

Dua tahun lalu, Elyana pernah menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh minggu kerana di luar rahim.

Elyana mendiri rumah tangga dengan Khairul Anuar Hussin pada November 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun, Cinta Sumayyah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast