Home Sukan Antonio Conte perlu diberi kepercayaan, tak perlu diganti

Antonio Conte perlu diberi kepercayaan, tak perlu diganti

Antonio Conte, .

ENGLAND – Gianfranco Zola percaya Antonio Conte adalah pilihan terbaik untuk membawa Chelsea lebih jauh walaupun spekulasi mengaitkan Conte menghampiri pemecatan di Stamford Bridge.

Walaupun the Blues dikatakan sedang mencari pengganti pengurus kelahiran Itali itu, Zola percaya Conte perlu diberi masa membaiki pasukan.

Ini kerana beliau masih digemari dan disegani penyokong tegar the Blues.

Conte membantu Chelsea menjulang Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Namun bekas jurulatih Itali itu telah melalui musim sukar kali ini.

Kelab Barat London itu berisiko tercicir daripada layak ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Khamis lalu Chelsea dibelasah 3-0 dalam aksi timbal balik pusingan ke-16 di tangan Barcelona di Nou Camp.

Hubungan Conte dengan hirarki Chelsea dikatakan semakin tegang apabila beliau secara terbuka menyatakan kekecewaan terhadap cara kelab itu menguruskan jendela perpindahan pemain.

Ia sekaligus menambah spekulasi bahawa bekas jurulatih Juventus itu akan meninggalkan Chelsea musim ini.

Bagaimanapun Zola percaya Conte masih merupakan individu paling layak untuk menerajui kelab itu untuk tempoh lama.

“Agak senang untuk mengatakan Conte tidak gembira di Stamford Bridge, dia adalah juara, itulah karakter dia sejak menjadi pemain lagi.

“Saya merasakan dia adalah individu terbaik membawa Chelsea ke arah kegemilangan. Lebih baik dia diberi peluang tinggal lebih lama bersama kelab itu,” katanya.

Bekas Pengurus Barcelona, Luis Enrique dikaitkan rapat sebagai pengganti Conte andai kata Chelsea membuat keputusan memecat pengurus itu. – MalaysiaGazette