Home Sukan Shaw merajuk dengan Mourinho

Shaw merajuk dengan Mourinho

Krisis kini melanda Luke Shaw (kiri) dan Jose Mourinho.

LONDON – Pemain pertahanan kiri, Luke Shaw sedang mempertimbangkan tawaran untuk berhijrah dari Manchester pada perpindahan musim panas nanti.

The Telegraph melaporkan Shaw, 22, dikatakan mahu memilih kelab baharu sama ada ke Chelsea atau Tottenham Hotspur.

Dia mengambil tindakan itu kerana sering dikritik secara terbuka oleh pengurus.Jose Mourinho

Minggu lalu, Shaw sekali lagi dipanggil keluar padang selepas kemenangan 2-0 ke atas Brighton dalam saingan Piala FA.

Mourinho dilihat menjerit ke arah Shaw semasa perlawanan dan kemudian menggantikan Shaw dengan Ashley Young pada separuh masa selain mempersoalkan keupayaan pemain itu untuk mengikut arahan.

Berikutan insiden terbaru itu, Shaw, yang kontraknya berbaki lebih setahun dijangka akan meninggalkan Old Trafford. – MalaysiaGazette