KUBANG PASU –  Penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimomokkan pembangkang hanyalah bersifat populis dan tidak bertanggungjawab, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

Beliau juga yakin, pembangkang tidak mampu menghapuksan sistem percukaian itu kerana sehingga kini mereka tidak ada alternatif serta alasan yang konkrit untuk menampung kelompangan dari penghapusan sistem percukaian itu.

“Kita sedar GST bukan boleh dimain-main dan bukan untuk dapat populis sebab GST sistem percukaian yang mengambil kira untuk perbelanjaan balik untuk pembangunan dan mengurus negara, kalau depa (pembangkang) kata depa perintah nak hapus GST sudah tentu kita patut tanya mana sumber depa nak ambil pula.

“Sebab itu Bank Dunia tanya mana sumber itu dan nak ganti kelompangan jika dihapuskan , sudah tentu mereka tak boleh jawab, depa kata bagi kami perintah dulu taulah kami nak buat, itu adalah kenyataan tidak bertanggungjawa dan tak masuk akal,” katanya kepada pemberita pada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jerlun, dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 32 sekolah menerima sumbangan berupa alat bantuan mengajar berupa projektor dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar sekolah di kawasan Parlimen Jerlun.-BERNAMA