Thomas Tuchel

JERMAN – Bekas Jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel bersetuju untuk menjadi Pengurus Arsenal, menurut laporan di Jerman hari ini.

Tuchel kini tidak terikat dengan mana mana kelab sejak dipecat Dortmund pada Mei tahun lalu.

Bayern Munich dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pengurus berusia 44 tahun itu menggantikan Jupp Heynckes.

Bagaimanapun, difahamkan, Tuchel memaklumkan Bayern bahawa dia merancang untuk menguruskan kelab di negara lain.

Sumber terkuat di Jerman mengaitkan Tuchel dengan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebuah akhbar tabloid Kicker mendakwa Tuchel sudah menandatangani kontrak bersama The Gunners untuk menggantikan Arsene Wenger.

Wenger sedang bersiap meninggalkan kelab itu di penghujung musim liga 2017/2018 ini.

Tuchel juga dikatakan akan mengikut Sven Mislintat ke kelab utara London itu

Mislintat yang pernah menjadi penolong kepada Tuchel telah digantung di Dortmund sebelum menyertai Arsenal tahun lepas.

Bagaimanapun perkembangan terbaharu di Stadium Emirates mendakwa Wenger menolak segala spekulasi yang mengatakan dia akan meninggalkan kelab itu berikutan kekalahan 3-0 kepad Manchester City pada aksi final Piala Carabao.

“Saya terkilan apabila terpaksa memberi jawapan yang sama setiap hari.

“Saya sudah mengemudi kelab ini selama 21 tahun dan kontrak saya bersama the Gunners masih laku,” tegasnya. – MalaysiaGazette