Home Dunia Hukuman ke atas Ahok kekal

Hukuman ke atas Ahok kekal

Basuki Tjahaja Purnama

JAKARTA – Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan bekas gabenor, Basuki Tjahaja Purnama untuk mengkaji semula hukumannya terhadap dakwaan menghina Islam.

Sehubungan itu, hukuman penjara dua tahun ke atas bekas Gabenor Jakarta yang lebih dikenali sebagai Ahok dikekalkan.

Mahkamah rendah menjatuhkan hukuman ke atas Ahok selepas beliau didapati rakaman video tular tentang tindakannya memberi tafsiran salah terhadap al-Quran semasa berkempen.

Susulan kejadian itu, Ahok menghadapi protes besar-besaran oleh penduduk Islam di Indonesia.

Semasa itu, Ahok sedang berkempen untuk bertanding merebut jawatan Gabenor Jakarta tetapi gagal.

Ahok yang dikenakan hukuman penjara telah memfailkan rayuan semakan hukuman kesnya pada bulan lalu.

“Semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh Ahok telah ditolak oleh hakim,” kata jurucakap mahkamah, Suhadi tanpa menerangkan alasan mahkamah.

Individu yang merakamkan video kempen Ahok itu turut dipenjarakan selama 18 bulan pada akhir tahun lalu selepas mahkamah mendapati dia bersalah melanggar undang-undang teknologi maklumat, mendorong peguam Ahok menggunakan alasan itu untuk semakan hukuman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast