Kementerian Luar, Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu balistik oleh puak pelampau Houthi di Yaman ke atas Arab Saudi pada 25 Mac lalu.

Walaupun serangan itu berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh Angkatan tentera Udara Arab Saudi seorang individu dilaporkan meninggal dunia da dua tercedera akibat terkena serpihan peluru berpandu.

Dalam kenyataan Wisma Putra hari ini, Malaysia menyifatkan serangan itu sebagai pencabulan yang jelas terhadap Arab Saudi dan memberi ancaman besar kepada keamanan, keselamatan serantau dan global.

“Malaysia sentiasa menyokong teguh tindakan yang diambil Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kestabilan negara itu,” menurut kenyataan itu.

Malaysia berharap agar konflik yang berlarutan di rantau tersebut akan dapat diselesaikan melalui saluran politik dan diplomatik.

Kementeria Luar turut mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Warganegara Malaysia dinasihatkan agar bertenang dan sekiranya memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral di Jeddah di Kuarters Diplomatik P.O. Box 94335 11693 Riyadh – MalaysiaGazette