Home Dunia Malala pulang ke Pakistan selepas 6 tahun

Malala pulang ke Pakistan selepas 6 tahun

Malala Yousafzai

ISLAMABAD – Pemenang Anugerah Keamanan Nobel, Malala Yousafzai menjejakkan kaki ke Pakistan buat kali pertama sejak dia ditembak oleh militan Taliban.

Malala kini berusia 20 tahun, merupakan aktivisi hal asasi manusia yang lantang.

Gadis itu pernah ditembak di kepala oleh militan Talibal kerana kempen pendidikan wanita yang dilakukannya pada tahun 2012.

Beliau dijangka bertemu dengan Perdana Menteri Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi.

Kepulangan Malala bersama ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto dengan kawalan ketat.

Malala dijangka berada di Pakistan selama empat hari atas urusan Yayasan Malala.

Pada usia 11 tahun, Malala telah mula menulis di BBC Urdu mengenai kehidupannya di bawah undang-undang Taliban.

Beliau cukup lantang bercakap tentang penindasan wanita dan pendidikan menyebabkan kumpulan Taliban menembaknya ketika usianya 11 tahun semasa berada dalam bas sekolah.

Remaja itu mengalami kecederaan parah yang boleh mengancam nyawa hingga doktor-doktor yang merawatnya terpaksa mengeluarkan bahagian tengkorak bagi mengurangkan bengkak pada otaknya.

Kisah Malala itu mendapat liputan besar-besaran di peringkat antarabangsa.

Selepas pembedahan awal di Pakistan, Malala dipindahkan ke United Kingdom pada tahun 2012 bagi memulihkannya.

Keluarga Malala kini menetap di Birmingham.

Malala menjadi individu termuda memenangi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2014. Dia dan aktivis India, Kailash Satyarthi telah dianugerahkan bersama untuk usaha mereka membela hak anak-anak. – MalaysiaGazette