Home Seni Hidup Arnold Schwarzenegger jalani pembedahan jantung

Arnold Schwarzenegger jalani pembedahan jantung

Arnold Schwarzenegger

LOS ANGELES – Bintang filem, Arnold Schwarzenegger telah selamatmenjalani pembedahan jantung di sini.

Beliau yang juga bekas gabenor California, 70, menjalani prosedur untuk menggantikan injap jantung di hospital Cedars-Sinai pada Khamis lalu.

Peranti dipasang untuk membaiki injap aortik yang rosak pada tahun 1997, menurut laman web TMZ.

Schwarzenegger sedang menjalani proses pemulihan dengan baik.

Beliau yang popular menerusi filemTerminator dan Conan the Barbarian menjadi Gabenor California dari tahun 2003 hingga 2011 sebelum kembali beraksi dalam filem The Expendables. – MalaysiaGazette