Ahli DAP seumur hidup, Zulkifli Buang mematahkan kad keahliannya ketika bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Mariam Mokhtar yang dalam videonya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkomplot hendak menggulingkan DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi Presiden Malaysia di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 02 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Tidak puas hati dengan pembangkang yang banyak menimbulkan fitnah,  seorang ahli seumur hidup DAP bertindak meninggalkan parti itu.

Menurut Zulkifli Buang, tindakannya meninggalkan parti itu kerana tidak lagi mahu bersekongkol dengan pembangkang.

“Apa yang ingin saya nyatakan adalah saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku kepada situasi politik masa kini.

“Kalau nak berpolitik, jangan pecah belahkan masyarakat, saya seru kepada semua rakyat agar bersatu dan kembalilah kepada siasah syariah kita,” katanya selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Sebelum itu, Zulkifli bersama Presiden Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz membuat laporan itu bagi menggesa Polis Diraja Malaysia menyiasat individu bernama Mariam Mokhtar atas alasan percubaan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap Najib.

NGO itu hari ini berkata video yang dimuatkan Mariam pada 29 Mac lalu cuba menghasut rakyat agar menolak Barisan Nasional (BN).

Mariam dalam video berkenaan berkata Najib mempunyai perancangan untuk menggulingkan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) tidak lama lagi. -MalaysiaGazette

Fitnah PM: Satu komplot terancang pembangkang

1 Komen

  1. ya tak ya jugak. nak bohong pun biar lah menasabah. perkara mustahil jangan lah direka .

Comments are closed.