Ed Woodward sedia bekerjasama dengan Jose menyediakan dana besar untuk dilaburkan dalam pasaran pemin baharu musim ini.

MANCHESTER – Ed Woodward akan membantu Jose Mourinho untuk melabur dana besar berjumlah £200 juta (RM1.1 bilion) bagi membeli pemain prolifik musim depan.

Naib Pengerusi Eksekutif Manchestee United itu akan memberikan sokongan penuh kepada the Special One dengan bekerja rapat di Kompleks Latihan Carrington untuk pembelian dan pelepasan pemain di Old Trafford.

Mourinho yang telah menyambung kontrak bersama the Red Devils sehingga Januari 2020, menyedari persoalan sesetengah pihak mengenai kredibilitinya untuk membawa kegemilangan kelab itu.

Namun, Woodward dikatakan bersedia menyuntik dana besar bagi tujuan itu.

Mourinho mensasarkan pemain Napoli, Jorginho, bek kiri Juventus, Alex Sandro, duo Spurs Danny Rose dan Toby Alderweireld, pemain Celtic Kieran Tierney.

Saley Blin, Marcos Rojo, Matteo Darmian, Christ Smalling dan Phil Jones berada dalam senarai penggantungan di akhir musim ini.

Pun begitu Man Utd tidak merancang untuk menambah penyerang baharu selepas Zlatan Ibrahimovic meninggalkan Theatre of Dreams dan menyertai pukan gergasi MLS, LA Galaxy.

“Kita ada Romelu Lukaku, Marcus Rashford sebagai penyerang. Marcus boleh beraksi di sayap kanan dan kiri walaupun asalnya penyerang.

Alexis boleh bermain sebagai penyerang, Anthony Martial boleh juga beraksi sebagai penyerang kelab.

“Tanpa menambah seorang lagi ‘Lukaku, kita sudah ada tiga pemain yang boleh menyarung jersi no 9,” katanya.

Ia sekali gus menambah keyakinan bahawa Martial masih dalam barisan masa depan Jose ketika pemain antarabangsa Perancis itu dikaitkan dengan Juventus sejak kebelakangan ini.

Mourinho mahu memantapkan pasukan dalam semua bahagian khususnya di bek pertahanan dan tengah padang untuk mencabar jirannya Manchester City bagi merebut kejuaraan EPL musim depan. – MalaysiaGazette