Home Nasional Bekas MP Kuala Selangor meninggal dunia

Bekas MP Kuala Selangor meninggal dunia

Allahyarham Mohd Daud Tarihep

SHAH ALAM – Bekas Anggota Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, Perak pada 2.49 pagi tadi kerana sakit jantung.

Beliau berusia 66 tahun.

Menurut anak sulungnya, Mohd Haminar Rashid, 41, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu kira-kira dua minggu lalu selepas mengalami serangan jantung.

“Jenazah arwah ayah akan dibawa ke rumahnya di Seksyen 6, Shah Alam sebelum dibawa ke Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) Shah Alam, untuk urusan solat jenazah.

“Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Asar, ” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast